Pelumba serba boleh Malaysia, Afiq Huznie Othman, yang turun dengan peranan berbeza dalam Le Tour de Langkawi (LTdL) 2026 iaitu sebagai Pengarah Sukan Nusantara Cycling Team.
Afiq membantu pasukan dari Indonesia itu untuk mempertahankan gelaran Pasukan Terbaik Asia yang pernah dimenangi dalam edisi lalu.
Dan meskipun turun dengan tanggungjawab berbeza, Afiq bertekad kembali sebagai pelumba LTdL 2027.
"Saya akan sentiasa berbincang dengan mereka kerana saya adalah pakar lebuh raya di Malaysia selepas penyertaan beberapa siri.
"Strategi kami untuk mengekalkan gelaran Asia tercapai cuma terlepas di Cameron kerana pelumba kami terbabit dengan kemalangan.
"Kami dapat bangkit di Genting Highland dan selepas itu, jurangnya menjadi sangat jauh.
"Dalam pada itu, tahun ini saya ambil keputusan untuk berehat epenuhnya dan akan kembali berlumba tahun depan," katanya.