Skip to main content

Olahraga

Sukan Orang Pekak Asia Pasifik: Kembar seiras bawa cabaran 100m

;;;;
Advertisement

Kalau arena bola sepak pernah memiliki pasangan kembar seiras, Aidil Zafuan Abd Radzak dan Zaquan Adha Abd Radzak, sukan olahraga pekak negara turut mempunyai gandingan mereka tersendiri menerusi Muhammad Zumar Azman dan Muhammad Zamir Azman.

Meskipun bermula sebagai pemain bola sepak, si abang, Zumar membuat keputusan beralih ke olahraga untuk berlatih dan bersaing bersama adik kembarnya kerana baginya, kejayaan lebih bermakna apabila dapat dicapai bersama.

Advertisement

Sejak menceburi olahraga hampir sedekad lalu, impian menyumbang pingat buat negara di pentas antarabangsa terus menjadi pembakar semangat buat pasangan kembar ini terus meningkatkan prestasi.

Lumrah adik-beradik, adakalanya berlaku pertelingkahan kecil ketika menjalani latihan, namun segala perbezaan pendapat tidak pernah dibawa ke luar balapan kerana apa yang diutamakan adalah kejayaan buat satu sama lain.

Advertisement

Saingan akhir acara 100 meter lelaki Kejohanan Sukan Orang Pekak Asia Pasifik 2026 di Pulau Pinang ketika ini menyaksikan Zamir menamatkan perlumbaan di tempat kelima dengan catatan masa 11.082 saat, manakala Zumar hanya ketinggalan 0.002 saat di belakang untuk menduduki kedudukan keenam.

"Saya tukar daripada bola sepak kepada olahraga agar dapat bersama-sama adik," menurut Zumar.

Tambah Zamir: "Ibu bapa beri sokongan penuh dan galakan kami untuk timba pengalaman.

"Kami bertambah bersemangat dengan kehadiran ibu bapa melihat aksi kami.

"Pengalaman bersaing sengit dalam Sukan Para ASEAN di Indonesia membuka mata saya dan saya mahu berikan saingan kepada pencabar dari Jepun dan Iran dalam Sukan Orang Pekak Asia Pasifik."

 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video