Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

AFC tubuh pasukan bantu pantau FAM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

FAM

Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor John, menjelaskan badan induk itu akan membentuk sebuah pasukan bagi menilai prestasi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Langkah itu diambil selepas kesemua Ahli Jawatankuasa Eksekutif bagi penggal 2025–2029 bertindak meletakkan jawatan mereka dengan serta-merta -- 11 bulan selepas memenangi pemilihan -- berikutan terpalit dengan isu dokumentasi pemain warisan hingga dikenakan tindakan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Advertisement

"Kami akan buat pasukan AFC yang akan diketuai Vahid Kardany yang juga timbalan setiausaha AFC bersama penasihat-penasihat kami.

 

 

 

 

"(Ia) untuk penilaian dan juga seterusnya membentangkan laporan yang perlu dibuat FAM untuk menjadi pasukan yang lebih mantap," katanya dalam sidang media Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Khas Kali Ke-5 FAM bagi penggal 2025–2029 hari ini.


Dalam masa sama, Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman, termasuk bendahari FAM serta ketua-ketua badan induk bola sepak kebangsaan itu akan terlibat dalam soal tadbir urus serta persiapan untuk mengadakan Kongres Luar Biasa (EGM) bagi penggal 2025–2029.

 

Must Watch Video