Ketua pasukan Johor Darul Ta'zim (jdt), Natxo Insa, menyifatkan tiada istilah laluan mudah buat mana-mana pasukan dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2025/2026.
Meskipun sekali lagi terpaksa berdepan wakil kelab dari Jepun, Sanfrecce Hiroshima, tonggak tengah berpengalaman berusia 39 tahun itu memberi jaminan bahawa Harimau Selatan tidak sesekali akan mengangkat bendera putih selagi wisel penamat belum dibunyikan.
Advertisement
Sedar akan kekuatan serta kualiti yang dimiliki kelab dari negara Matahari Terbit itu, Natxo mengingatkan rakan sepasukannya agar percaya kepada kemampuan sepasukan.
Ujarnya, meskipun Harimau Selatan bakal turun dengan status bukan pilihan, ia bukanlah halangan untuk mereka mencipta kejuta, sekali gus mara ke suku akhir.
"Di Asia, mereka di tahap berbeza.
"Mereka buat hantaran dan bergerak, sedar-sedar mereka sudah ada di depan penjaga gol anda.
"Kami perlu 100 peratus sepanjang permainan. Mereka lebih profesional, pakej yang mereka miliki adalah lebih tinggi.
"Kami adalah pasukan kerdil dibandingkan dengan bajet mereka. Tapi kami mempunyai cita-cita besar, kami akan bersemuka dan berentap dengan mereka," katanya di Nadi Weekend.
Untuk rekod, musim lalu perjalanan JDT terhenti dalam pusingan 16 selepas tewas kepada musuh serantau, Buriram United, dengan agregat 0-1.