Pemain pertahanan Seoul, Yazan Al-Arab, dilaporkan khidmatnya mulai menjadi buruan beberapa kelab di Sepanyol selepas memperagakan aksi cemerlang ketika perlawanan persahabatan menentang Barcelona pada Julai 2025 lalu.
Perkara itu juga susulan bekas pemain Selangor itu merupakan antara tonggak utama Seoul sejak menyertai Seoul pada 2024, selain memacu kejayaan pasukannya melangkah ke pusingan 16, Liga Juara-Juara Eropah Elit (ACLE) 2025/26 selepas menamatkan saingan peringkat pusingan di kedudukan ketujuh dengan 10 mata dibawah Johor Darul Ta'zim yang meraih 11 mata selepas 11 perlawanan.
Advertisement
Yazan Al Arab is on his way to Spain this week, in preparation for entering into formal negotiations with one of the clubs 🔥⌛🇪🇦 pic.twitter.com/A1rAnUHJjj
— aysel elhoseny (@aysel_elhoseny) January 4, 2026
Pemain kebangsaan Jordan berusia 30 tahun itu dalam satu perkongsian sebelum ini memohon maaf di atas kelewatan memperbaharui kontraknya bersama Seoul berikutan faktor peribadi sebelum ini.
"Pertama sekali, saya memohon maaf kepada kelab dan peminat atas kelewatan memperbaharui kontrak disebabkan hal peribadi saya. Tetapi kesetiaan dan cinta saya untuk FC Seoul dan peminat tidak pernah berubah.
"Mulai sekarang, lambang FC Seoul bukan sahaja di dada saya tetapi di hati saya. Saya benar-benar berbangga untuk memperbaharui semula kontrak dengan FC Seoul dan berterima kasih kepada kelab kerana sentiasa mempercayai saya.
"Saya berbangga menjadi pemain FC Seoul pada bila-bila masa dan saya akan menjadi pemain yang melakukan yang terbaik sehingga ke penghujungnya." katanya.