Pemain sayap Ratchaburi, Tae Jaroensak, berkongsikan keadaan huru-hara ketika bertandang ke Stadium Gelora Bandung Lautan Api bagi perlawanan kedua, pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2), baru-baru ini.
Dalam aksi itu menyaksikan Persib menang tipis 1-0 ke atas Ratchaburi, namun terpaksa akur tersingkir dengan agregat 1-3 yang berpihak kelab dari Thailand itu selepas menang 3-0 sebelum ini.
Advertisement
Penyokong yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu bertindak masuk ke kawasan padang dan membaling objek.
Jaroensak turut berkongsikan terdapat lontaran batu, bunga api dan botol kepada pemain ketika sesi pemanas badan selain gangguan kepada penyokong pasukan pelawat yang hadir.
"Terima kasih semua atas keprihatinan anda, semua pemain dalam pasukan selamat. Tetapi perlawanan itu sangat teruk.
"Terdapat batu, botol air, bunga api dilontarkan ke arah pemain bola sepak semasa sesi pemanas badan.
"Peminat bola sepak kami (Ratchaburi) dilanggar semasa sedang duduk. Nasib baik semua dalam keadaan baik. Terima kami buat semua yang hadir bersama-sama pasukan." katanya yang tular di laman Facebook.