Skip to main content

Berbasikal

ACC Filipina: Persediaan Azizulhasni di landasan tepat -- jurulatih

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

berbasikal trek

Datuk Azizulhasni Awang kekal taruhan utama negara dalam saingan keirin dan pecut individu ACC 2026, sekali gus mengumumkan sekembalinya The Pocket Rocketman di pentas kompetitif dunia.

Kualiti dan kredibiliti Azizulhasni sememangnya tidak perlu disangkal lagi meskipun usianya kini mencecah 38 tahun.

Advertisement

Sejak mengumumkan persaraannya selepas Sukan Olimpik Paris yang lalu, Azizulhasni menumpukan fokus terhadap kehidupannya selain beraksi dalam kejohanan kecil di Australia serta New Zealand.

Kelibatnya tidak lagi kelihatan dalam kejohanan utama seperti kebiasaan.

Namun, cerita di sebalik tabir membuktikan sesuatu yang luar biasa apabila Azizulhasni masih cergas untuk beraksi di pentas elit.

Buktinya, Azizulhasni terus diberi kepercayaan untuk mencabar emas dalam kategori kegemarannya, keirin serta pecut individu ACC Filipina.

Antara faktor utamanya diberi mandat khas kali ini berikutan kejayaan menggondol emas keirin dalam Kejohanan Siri Trek ASEAN 1 di Velodrome Nasional, awal bulan lalu.

"Tahap prestasinya dalam soal kekuatan di landasan tepat.

"Dia lebih paham keadaan dirinya, kalau penat sikit maka kami akan turunkan tahapnya," kata ketua jurulatih berbasikal trek negara, Harnizam Basri.
 

Topik Berkaitan

Must Watch Video