Jaguh lontar peluru para negara, Ziyad Zolkefli, mengakui kejayaan memperbaharui rekod temasya yang juga catatan terbaiknya tahun ini sudah memadai walaupun tidak berjaya mengikut jejak rakan senegara, Ridzuan Puzi dan Abdul Latiff Romly, mencipta rekod dunia.
Ziyad antara tiga bintang para negara yang mendapat tumpuan meluas dalam Sukan Para Asia Jakarta.
Ia susulan reputasinya selaku pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016 bersama Ridzuan dan Latiff.
Ketika dua rakannya itu sudah memecahkan rekod dunia dalam acara masing-masing, Ziyad hanya melakar rekod baru temasya dengan lontaran sejauh 16.94 meter.
Namun, Ziyad tetap berpuas hati dengan pencapaian itu memandangkan dia masih bergelut dengan prestasinya ekoran kecederaan.
"Bukan rekod dunia yang saya kejar tetapi saya hanya mahu membuat yang terbaik. Selama tiga bulan saya menderita akibat kecederaan, namun saya terpaksa teruskan untuk temasya ini bagi menggembirakan semua pihak," katanya.
Ziyad mencatat rekod baru dalam acara lontar peluru F20 dengan jarak 17.29m sewaktu Kejohanan Olahraga Para Dunia di London, tahun lalu.
Bagaimanapun, kejayaan terbaru itu tetap bermakna buat Ziyad selepas dia mempertahankan emas yang dimenanginya dalam Sukan Para Asia Incheon, empat tahun lalu.
"Selama tempoh setahun, saya tidak pernah melakukan catatan sebaik itu. Ini adalah penutup tahun yang terbaik buat saya," tambahnya.
Sementara itu, seorang lagi atlet olahraga para negara, Aysraf Haisham, berasa sebak sebaik merangkul pingat perak dalam acara 1,500 meter T45/46, petang tadi.
Ini kerana dia yang kudung tangan kiri akibat kemalangan pada 2013 pernah melalui saat kemurungan, namun bangkit hasil dorongan kuat ibu-bapanya.
"Saya kemalangan pada 2013. Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika itu, namun mereka mendorong saya untuk menyertai bidang sukan. Kejayaan ini sudah pasti untuk mereka," kata Asyraf.
Asyraf tewas kepada pelari Uzbekistan, Murodulloev Marufjon, namun mencatat masa peribadi terbaik dengan catatan 4 minit 17.02 saat.