Skip to main content

Bola Sepak

Pencapaian hebat buat bola sepak Malaysia! -- Cklamovski

cklamovski

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski, teruja dengan kejayaan Johor Darul Ta'zim (JDT) layak ke suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Harimau Selatan mara ke suku akhir ACLE selepas menewaskan pasukan gergasi Jepun, Sanfrecce Hiroshima, 3-2 secara agregat semalam.

Advertisement

Pengendali berusia 47 tahun itu teruja dan beranggapan ia bukan sahaja kejayaan buat JDT, malah satu pencapaian hebat buat bola sepak Malaysia.

“Keputusan epik buat JDT! Satu kejayaan yang berhak diraih dalam dua aksi (pusingan 16). Tahniah kepada semua. Pencapaian hebat buat bola sepak Malaysia!” katanya dalam satu hantaran Instagram Story tidak lama selepas kejayaan itu.

JDT mengiringi Buriram United, Machida Zelvia dan Vissel Kobe ke peringkat suku akhir dan akan menantikan lawan daripada saingan Zon Barat ACLE bagi penentuan ke separuh akhir.

 

Must Watch Video