Jaguh lontar peluru para, Muhammad Ziyad Zokefli, mengidam catatan 17.50 meter untuk sekali lagi menggegar rekod dunia miliknya menjelang Kejohanan Dunia Para di Dubai, November depan.
Ziyad mengakui jarak itu kurang 30 sentimeter daripada catatan peribadi terbaiknya, 17.29 meter, yang juga merupakan rekod dunia miliknya yang dilakar dalam temasya London 2017.
Namun, berbekalkan latihan intensif yang bakal diharungi di Mannheim, Jerman, selama lima minggu bulan depan, Ziyad percaya hasratnya itu mampu dicapai untuk memecahkan rekod dunia buat kali ketiga dalam tempoh tiga tahun sejak 2016.
Ziyad akan berkelana bersama jurulatih, Mohammad Faizol Harun, serta rakan sepelatih, Alif Mohammad Awi.
"Saya menyasarkan catatan sejauh 17.50 meter ke atas kerana saya pernah melakukannya di luar pertandingan.
"Saya berikrar untuk berlatih lebih gigih dalam misi mencapai catatan sejauh itu," katanya.
Dalam masa sama, Ziyad turut menyimpan hasrat untuk cuba melayakkan diri ke Sukan SEA buat kali kedua, seterusnya bersaing dengan atlet normal.
Ziyad yang membuat penampilan pertama dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 sekadar meraih gangsa dengan catatan 17.12 meter.
"Yang paling utama, saya perlu membetulkan teknik lontaran selain mendapatkan tunjuk ajar yang baru.
"Jadi, kita tengok nanti sejauh mana (kesan) perubahan ini sejurus saya berlatih di Jerman.
"Peluang seperti ini tidak akan saya sia-siakan untuk memperbaharui rekod dunia," ujarnya.