Bintang Harimau Malaya, Faisal Halim, tidak terlepas mencuba resipi masakan oleh pempengaruh TikTok, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman, dalam bulan puasa ini.
Seperti sedia maklum, pengusaha kepada restoran terkenal itu akan memuat naik pelbagai menu makanan sebagai panduan harian rakyat Malaysia setiap sambutan Ramadan.
Advertisement
Di kala gelagat sesetengah orang memuat naik video pembuatan makanan mengikut resipi yang diberikan, ada yang berjaya dan ada yang gagal!
Penyerang Selangor itu berbangga menunjukkan bahawa pencuci mulut yang tular berhasil dibuat dan lazat dimakan!
