Atlet wushu negara, Tan Zhi Yan, tidak gentar apabila dicanang sebagai pengganti Loh Choon How, yang mengumumkan persaraannya hujung tahun lalu.
Kem wushu negara menamatkan tahun 2019 dengan berita mengejutkan apabila pemenang dua pingat emas Sukan SEA Filipina itu memilih untuk bersara gara-gara kecederaan.
Namun, Zhi Yan yakin dirinya mampu menjadi pengganti terbaik buat pemenang Anugerah Olimpian 2019 itu.
"Sekarang sudah tiba masa saya untuk mengambil alih dan saya bersedia untuk melakukannya.
"Saya akan melakukan yang terbaik kerana sudah belajar banyak perkara daripada Choon How.
"Saya akan berusaha keras dan melakukan yang terbaik," katanya.
Tambahnya, dia akan memburu dua pingat emas dalam beberapa kejohanan besar sepanjang tahun ini bagi membuktikan kredibilitinya sebagai jaguh baru sukan itu.
"Tahun ini ada Sukma (Sukan Malaysia) dan Kejohanan Taichi Dunia.
"Saya akan mendapatkan pingat emas seperti yang dilakukan Choon How," tambahnya.
Editor: Muzaffar Musa