Pihak Pengurusan ragbi Argentina telah mengambil keputusan untuk menyenaraikan 10 muka baru yang belum pernah beraksi buat skuad negara di ranking ketujuh dunia itu menjelang aksi persahabatan berdepan Afrika Selatan dan Australia.
Perkara itu susulan ketua jurulatih, Felipe Contepomi, kehilangan beberapa pemain berpengalaman seperti Joaquin Oviedo, Julian Montoya, Gonzalo Garcia, Justo Piccardo kerana komitmen pada kelab.
Argentina confirmó un plantel de 34 jugadores para disputar los compromisos ante Sudáfrica (8/08) y Australia (29/08 y 5/09) en preparación para la Copa Visa Galicia.
Plantel completo: Facundo Cardozo, Franco Carrera, Pedro Delgado, Efraín Elías, Benjamín Grondona, Tomás… pic.twitter.com/hYvZ7GMMim— Pasion Por Rugby (@PasionPorRugby) July 27, 2026
Antara pemain baru yang akan menyertai skuad ragbi negara itu adalah Facundo Cardozo, Juan Martin Scelzo dan Juan Penoucos, pemain pertahanan Franco Carrera, pemain sayap Agustin Fraga, pemain prop, Francisco Moreno, pemain tengah Benjamin Ordiz, pemain hooker Leonel Oviedo, dan pemain pertahanan penuh Mateo Soler dan Tobias Wade.
Skuad ragbi Los Pumas itu akan berdepan Afrika Selatan di Buenos Aires pada 8 Ogos sebelum menentang Australia pada 29 Ogos dan 5 September 2026.