Skuad Harimau Malaya bakal turun berdepan Laos dalam aksi kedua saingan Kumpulan B, Piala Hyundai ASEAN 2026 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, hari ini.
Anak buah jurulatih Interim, Tan Cheng Hoe, melakar kemenangan pertama di Yangon selepas menewaskan Myanmar 3-1 minggu lalu.
Untuk rekod, antara fakta menarik yang mencuri tumpuan adalah kali terakhir venue Stadium Kuala Lumpur digunakan skuad kebangsaan adalah ketika Malaysia berdepan Cape Verde pada pada 29 Mei 2026 yang berakhir dengan keputusan 1-1, sebelum Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) isytihar kalah dengan jaringan 0-3 kerana menurunkan pemain yang tidak layak.
Aksi itu juga merupakan kali pertama kedua-dua pasukan bertemu.