Bukan mudah menjadi anak kepada legenda angkat berat negara, Hidayat Hamidon -- apatah lagi apabila nama itu pernah bergema di pentas Sukan Komanwel 1998 dengan kilauan pingat emas.
Badang negara, Erry Hidayat, tidak dapat menahan perasaan gembira selepas membutirkan pingat emas ketiga negara dalam temasya Sukan Komanwel 2026 di Glasgow, Scotland, awal pagi tadi.
Kejayaan itu turut menyaksikan Erry mengikut jejak Langkah ayahnya, Hidayat Hamidon, yang merangkul emas dalam acara sama dalam edisi 1998 di Kuala Lumpur.
Tahniah Erry!