Pelumba basikal lebuhraya profesional Belgium, Wout Van Aert, menamatkan perlumbaan peringkat kesembilan Giro d'Italia di tempat pertama semalam, sekali gus mengakhiri kemarau kemenangannya sejak tahun lalu kerana mengalami kecederaan lutut.
Perlumbaan itu turut menyaksikan pelumba muda meningkat naik dari Mexico, Isaac del Toro, berada di tempat kedua dan merampas takhta pendahulu keseluruhan.
Van Aert dilihat sebak ketika meraikan kemenangannya selepas terpaksa mengharungi beberapa bulan yang sukar untuk memulihkan kecederaan yang dialami.
"Sukar untuk saya jelaskan, kemenangan ini sangat bermakna buat saya dan ia sememangnya sangat indah," kata Van Aert.
"Saya terpaksa berhempas pulas untuk merebut kedudukan pertama, saya bernasib baik kerana sudah terbiasa dan sangat mengenali laluan ini," tambah pelumba berusia 30 tahun itu ringkas.
Tempat ketiga perlumbaan dimiliki pelumba tuan rumah, Giulio Ciccone, yang ketinggalan 58 saat, manakala pencabar utama kejuaraan seperti Richard Carapaz, Simon Yates, Antonio Tiberi, Juan Ayuso, Egan Bernal dan Adam Yates, masing-masing ketinggalan sekitar satu minit di belakang.
Kejayaan Van Aert menjuarai perlumbaan itu menandakan kemenangan ke-50 dalam keseluruhan kariernya dan sangat diidamkan sejak kali terakhir dia memenangi perlumbaan di Vuelta pada tahun lalu.