Venus Williams mara ke perlawanan akhir Grand Slam pertamanya sejak 2009 apabila dipaksa bertungkus-lumus sebelum memastikan kemenangan ke atas Coco Vandeweghe dalam Terbuka Australia, hari ini.
Juara Grand Slam sebanyak tujuh kali itu dikerah ketika menentang rakan senegaranya dari Amerika Syarikat (AS) itu sebelum menang 6-7 (3-7), 6-2, 6-3 di Arena Rod Laver.
Venus mengharungi pertarungan selama dua jam 25 minit itu sebelum mengesahkan kemaraannya ke perlawanan akhir kejohanan utama buat kali ke-15 dan kedua di Melbourne sejak muncul naib juara pada 2003.
Pemain di ranking nombor ke-35 dunia, Vandeweghe, mengharungi kempen ini dengan melakar kejutan ke atas Angelique Kerber and Garbine Muguruza sepanjang laluannya ke separuh akhir.
Namun, rentaknya mula terkesan sebaik memenangi set pertama dan kegagalannya mengambil kesempatan itu menjerat dirinya.
Venus mengambil kesempatan itu untuk kembali memberi saingan bagi menghidupkan potensi pertembungan final dengan adiknya, Serena.
Venus, 36, gugup pada awal saingan apabila melakukan enam kesilapan mudah dalam set pembukaan.
Vandeweghe yang memiliki servis kencang menamatkan set awal untuk mendahului pencabarnya yang merupakan pilihan ke-13, 6-2 sebelum menamatkan pertarungan set pertama 6-7 (3-7).
Ketangkasan Venus menukar haluan bola membolehkannya meraih mata penamat dalam set berikutnya sambil dibantu dua kesilapan Vandeweghe.
Venus mendahului 4-1 susulan dua kesilapan Vandeweghe untuk mengheret permainan ke set penentuan.
Dia meneruskan rentaknya di dalam set ketiga dengan memungut mata pertama.
Venus kemudian memperkemaskan permainan ketika lawannya mendahului 15-40 untuk meraih mata kedua dan dalam masa yang sama, Vandeweghe cuba mengembalikan permainan sebenarnya.
Namun, servis pemain veteran itu nyata sukar dipatahkan dan kerap menjerat lawannya untuk mengesahkan tempat ke perlawanan akhir.