Skip to main content

Hoki

UniKL resah tanpa kehadiran tiga import

unikl.jpg
Tiga daripada empat pemain import Universiti Kuala Lumpur (UniKL) akan tiba sehari sebelum Liga Hoki Malaysia bermula, sekali gus membuatkan pengendali, Arul Selvaraj, runsing untuk membentuk persefahaman terbaik menjelang Piala Sumbangsih, Jumaat depan.

Skuad UniKL perlu bersiap-sedia berdepan risiko kerana terpaksa menentang Terengganu Hockey Team (THT) tanpa pemain import yang cukup.

Hanya pemain tengah Belanda, Roel Bovendeert, dijadualkan tiba di Malaysia esok sambil baki tiga lagi pemain hadir pada Khamis depan atau mungkin lebih lewat. 

Situasi itu memberikan cabaran hebat kepada pemain dan pengendali untuk membentuk persefahaman terbaik sebelum berdepan THT di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.

"Kebanyakan pemain telah beraksi bersama sekitar enam hingga tujuh tahun kecuali Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil. Namun, dia pernah beraksi di bawah kendalian saya, jadi dia faham bagaimana saya kendalikan pasukan," kata Arul.

Tiga lagi pemain import UniKL ialah pemain tengah, Timoty Deavin, Keiran Govers dan penjaga gol, David Harte.

Kehadiran mereka penting untuk memastikan UniKL menjulang Piala Sumbangsih buat kali pertama dalam sejarah.

"Setakat ini, kami masih belum ada pengumuman rasmi daripada pihak pengurusan mengenai sasaran trofi. Saya juga belum menemui kesemua pihak tertinggi pasukan," tambah Arul.



Editor: Nafis Abdullah

Advertisement

Must Watch Video