Skip to main content

Sukan Lain

TMBT Ultra Trail: Tahira Najmunisaa teruja uji hutan tebal Kundasang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tahirajh.jpg
Penganjuran larian denai terkemuka di Asia, Ultra Trail Marathon edisi ke-12 di Kundasang, Sabah menjanjikan seribu satu halangan di hutan tropika tebal dengan kategori utama akan melibatkan saingan sejauh 100 kilometer yang dijangkakan akan berlangsung selama 24 jam.

Antara peserta yang akan mengambil bahagian dalam acara 30 kilometer pada Sabtu adalah pemenang pingat perak Sukan SEA Hanoi dalam acara Duathlon elit wanita, Tahira Najmunisaa.

Dia berasa teruja untuk hadir sebagai peserta dan berasakan selain denai yang mencabar, keadaan cuaca yang sejuk semestinya akan memberikan cabaran untuk semua peserta yang mengambil bahagian esok.

"Saya gembira kerana kali terakhir di sini adalah pada 2016 dan ketika itu berjaya meraih nombor tiga ketika ini. 

"Saya berasa teruja untuk mencuba trail di sini kerana ramai yang maklumkan bahawa ia sangat mencabar. Malah, cuaca yang sejuk di sini semestinya akan memberikan cabaran esok.

"Saya biasa dengan keadaan sejuk, tetapi buat masa ini saya sudah terbiasa dengan persekitaran kerja yang panas, tetapi kita lihat bagaimana nanti." katanya kepada Nadi Arena.

Hutan Kundasang, Sabah bakal menjadi mimpi ngeri buat peserta larian denai edisi kali ini kerana hutan Sabah menyimpan pelbagai biodiversiti mega yang menakjubkan.

"Pelari perlu pastikan barangan keperluan mencukupi kerana jika tidak cukup mereka boleh tersingkir. Ini susulan ada sesetengah pelari ambil ringan," kata peserta larian, Mohd Fazlie Rosli.

"Ketika kita lari jika kita berada di laluan yang salah maka jam itu akan bunyikan penggera agar kita dapat kembali ke laluan sebenar. Paling penting adalah untuk pelari mengkaji lokasi yang perlu diberikan tumpuan utama." tambah pelari Ultra Trail Marathon, Zukhairi Ahmad.
 

Advertisement

Must Watch Video