Taekwondo Malaysia (TM) terpaksa berusaha mencari dana sendiri bagi membiayai perbelanjaan atletnya, Rozaimi Rozali, yang akan bersaing dalam Sukan Asia Indonesia, dari 18 Ogos hingga 2 September depan.
Menurut Pengarah Teknikal TM, R. Dhanaraj, pihaknya kini mendapat sokongan daripada Universiti Sukan Korea Selatan dalam merangka latihan buat Rozaimi.
Katanya, sebelum ke Sukan Asia, Rozaimi akan menyertai Kejohanan Taekwondo Asia di Manila pada Mei depan.
"Kami akan susun perancangan dan bagi pandangan saya, kami akan hantar Rozaimi ke Korea Selatan untuk berlatih bagi jangka pendek.
"Dan selepas itu, pada Mei kami bercadang untuk menghantarnya ke Kejohanan Asia," kata Dhanaraj.
Rozaimi kini tidak mempunyai jurulatih selepas kontrak jurulatihnya, Kim Hong-gon, tamat bulan lalu dan badan itu akan menamakan pembimbing baru bagi saingan kyorugi dalam masa terdekat.
Sekalipun TM mungkin dapat mencari dana buat Rozaimi, namun ia tetap mencabar bagi membiayai kos program pembangunan.
Dalam pada itu, Dhanaraj mengesahkan sehingga kini masih belum ada penjelasan rasmi berhubung pengguguran taekwondo daripada sukan teras.
"Memang tiada 'hitam putih'. Kami pun tidak tahu apa sebabnya keputusan itu dibuat.
"Pada masa yang sama, kami tidak tahu sama ada betul atau tidak program-program ini tidak mendapat tajaan. Setakat ini, ia khabar angin tetapi kami tidak dapat apa-apa jawapan daripada MSN (Majlis Sukan negara) lagi," katanya lagi.