Arfiqanie Ahmad Anshori menjadi fenomena tinju negara selepas tular persembahan memukaunya dalam Fury Championship 2025.
'Putih The Pretty Boy' sebenarnya sudah berada dalam arena tinju hampir 13 tahun termasuk pengalaman beraksi dalam tiga edisi Sukan SEA dengan penampilan terakhirnya dalam edisi Filipina pada 2019.
Putih kini punyai misi tersendiri yang ingin dilunaskan dalam keputusan untuk membuat kemunculan semula sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2022.
"(Karier) senior saya banyak mati di peringkat amatur dan mereka jauh lebih bagus daripada saya.
"Sayanglah kalau saya berhenti macam itu juga. Peninju dulu bersara (awal) kerana kekurangan platform.
"Tapi kini ada jalan menyertai kancah profesional, jadi apa yang saya lakukan ini demi bekas petarung lain juga.
"Jadi saya simpan niat menaikkan nama dalam bidang profesional," katanya.
Selain Putih, Eswaran Murali, turut berhajat merealisasikan impiannya yang menemukan petarung gred A negara seperti Adli 'The Golden Boy' Hafidz di dalam satu gelanggang.
Walaupun berbeza berat badan, ia bukan masalah baginya untuk melayakkan diri dalam kategori yang sama dengan Adli sambil berharap pemegang Tali Pinggang ABF Super Middleweight itu menyahut cabarannya.
"Senior saya, Eswaran terlebih dahulu melaungkan cabaran terhadap Adli.
"Dalam kalangan kami bertiga, Eswaran merupakan peninju paling lama.
"Badan masing-masing berketul dan sedap jadi kita boleh tengok siapakah yang lebih baik.
"Kami berpeluang untuk buktikan kemampuan.
"Jadi Adli boleh pilih sama ada lawan saya atau Eswaran.
"Adli tak perlu turun atau naikkan berat badan, kami yang akan datang.
"Beritahu sahaja siapakah pilihannya, jangan buatkan kami tertunggu-tunggu," katanya.