Skip to main content

Olimpik

Tiga sukan sandaran utama di Tokyo

pandelela-rinong.jpg
Sukan badminton, terjun dan berbasikal trek akan menjadi sandaran utama untuk merealisasikan misi pingat emas pertama dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020, Julai depan selepas sasaran itu gagal dicapai dalam edisi di Rio de Janeiro empat tahun lalu.

Ia sasaran penting yang sudah melewati persediaan sejak empat tahun lalu.

Skuad terjun, yang akan dibarisi Nur Dhabitah Sabri, Wendy Ng Yan Yee, Pandalela Rinong dan Leong Mun Yee, menggalas bebanan terbesar untuk menghasilkan terjunan gemilang yang akan membutirkan emas pertama negara dalam temasya terbesar dunia itu.

Kelegaan turut dirasakan Majlis Sukan Negara (MSN) apabila jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang, tidak mengalami sebarang kecederaan serius selepas terlibat dengan kemalangan dalam Piala Dunia Berbasikal Trek di Brisbane, Australia bulan lalu.

Namun, ketika skuad badminton negara sedang bertungkus-lumus untuk kembali ke wajah asal, mereka sekali lagi menjadi taruhan sambil mengharapkan aura Chef-de-Misson, Datuk Lee Chong Wei, mampu memberikan semangat buat pemain negara di Tokyo.

"Kalau kita lihat, tiga sukan utama yang mampu menzahirkan pingat emas ialah berbasikal (trek), badminton dan terjun.

"Mereka mempunyai atlet di kedudukan ranking terbaik dunia.

"Sukan-sukan lain seperti pelayaran, memanah dan gimnastik juga mungkin berpeluang menjelmakan prestasi terbaik dalam Sukan Olimpik," kata Pengarah Bahagian Persediaan Atlet MSN, Jefri Ngadirin.


Editor: Muzaffar Musa

Advertisement

Must Watch Video