Enam pemain sepak takraw negara tidak perlu menghadirkan diri ke sesi perbicaraan isu doping dan boikot Kejohanan Piala Raja Thai 2016 pada 11 Januari ini, di Bangkok, Thailand.
Setiausaha Agung, Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF), Datuk Abdul Halim Kader, berkata pihaknya berpuas hati dengan penerangan yang diberikan oleh keenam-enam pemain terbabit.
Atas faktor berkenaan, Abdul Halim tidak nampak sebarang keperluan untuk memanggil semula semua pemain terbabit ke Bangkok.
Hanya jurulatih, Abdul Mutalib Ahmad; penolongnya, Mohd Rashidi Nordin, dan pengurus, Mohd Zambri Abdul Rahman, perlu menghadiri perbicaraan yang akan dihakimi enam anggota panel dari berlainan negara.
"Kami (bagaimanapun) menerima permintaan daripada PSM (Persatuan Sepaktakraw Malaysia) supaya Datuk Mohd Sumali Reduan selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Atlet Kebangsaan PSM untuk hadir sama bagi pihak pemain-pemain," katanya.
Menurut Abdul Halim, panel hakim dipilih terdiri daripada wakil Indonesia, Korea Selatan, Singapura, Iran, Thailand dan Malaysia yang bakal diwakili Naib Presiden PSM, Datuk Abidullah Salleh.
Tegasnya, kehadiran wakil Malaysia dan negara penganjur kejohanan, Thailand, dalam panel berkenaan adalah atas prinsip ketelusan.
"Kami mahu melihat ketelusan dalam mengadili kes yang dikatakan pemain-pemain tidak mahu meneruskan permainan," tambahnya.
Kita digemparkan dengan penggantungan enam atlet dan tiga pegawai dari skuad sepak takraw negara, 24 November lalu.
Bagaimanapun, ISTAF kemudiannya membenarkan enam pemain terbabit beraksi dalam Liga Sepak Takraw (STL).
ISTAF menetapkan sesi perbincangan diadakan di Bangkok, 11 Januari ini, namun, ia tidak perlu dihadiri enam pemain terbabit.