SUKMA
Terima Kasih SUKMA! -- Datuk Pandelela Rinong
Siapa sangka di sebalik kemeriahan pencapaian peringkat dunia diraih olimpian wanita pertama negara yang menggengam pingat di temasya Olimpik, Datuk Pandelela Rinong – tersimpan satu kisah cukup berinspirasi yang menjadi titik tolak kepada kegemilangan karier individu berusia 31 tahun itu.
Pandelela berkongsi kisah berliku itu di laman peribadi X nya di mana beliau hampir bersara dari sukan yang dicintainya itu ketika namanya digugurkan daripada skuad Sarawak ke temasya SUKMA 2004 di Negeri Sembilan.
Iklan
Keterujaan menyertai pentas bertemasya pertama dalam karier ketika hanya berusia 11 tahun direntap isu kesilapan teknikal yang menyebabkan hajat untuk terbang ke Semenanjung berkubur.
Hal ini menyebabkan Pandelela hampir putus asa dan nekad untuk tidak beraksi sebagai penerjun walaupun mendapat tentangan ibu bapanya.
Namun semuanya sudah tertulis rapi buat Pandelela!
Berkemungkinan bakal dikenakan penalti RM10 ribu ekoran keputusan mahu berhenti jadi punca Pandelela bangkit dari episod duka dalam hidupnya.
Dia kembali berlatih dan membuktikan mengapa dia layak disanjung dengan bantu Sarawak raih 3 emas dan 2 perak dalam debut SUKMA di Kedah pada 2006.
Selepas itu – namanya terus dicanang di seluruh media massa dengan Kejohanan Terjun Remaja Asia 2007 merupakan pentas antarabangsa pertama dalam karier menerusi kejayaan raih 4 pingat emas.
“The rest is history” – satu demi satu pencapaian gemilang berjaya diukir Pandelela dan sehingga kini beliau muncul atlit wanita paling berjaya di pentas Olimpik dengan pungutan satu perak dan satu gangsa.
“Thanks to that, I’ve been a diver for 23 years and am still diving because I still love it. Also, I want to keep my promise to Coach Wang for as long as I can.”
Terima kasih Pandelela Rinong!
P/S : Penalti RM10 ribu yang dikenakan ke atas Pandelela itu hanyalah palsu semata hasil kesepakatan ayahnya dan jurulatih demi pastikan Pandelela kekal bergelar atlit terjun.
Must-Watch Video