Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu (PSTNT), Mohd Shapian Ali, menegaskan pihaknya tidak akan teragak-agak untuk menggugurkan pemain negeri itu yang tidak berdisiplin bagi menghadapi saingan Piala Emas Khir Johari, hujung bulan ini.
“Akan berlaku perubahan di mana satu pasukan baharu akan dibentuk oleh dua jurulatih, Mohd Futra Abd Ghani dan Vitaya Boonta.
“Meskipun ada yang berstatus pemain kebangsaan, semua pemain diingatkan agar menjaga disiplin dari segi gaya hidup, pemakanan dan mengikut arahan ketua jurulatih atau berdepan tindakan digugurkan.
“Pihak persatuan tidak akan berlembut memandangkan kami tiada masalah dari segi pemilihan pemain kerana Terengganu mempunyai ramai pemain yang handal sehingga ada yang bermain dengan pasukan luar,” katanya.
Shapian turut mengesahkan persatuan itu telah mengadakan kerjasama dengan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) berkaitan kepakaran dalam pelbagai bidang, antaranya psikologi sains sukan.
“Kepakaran MSNT memang diperlukan selepas kami mengkaji apa yang berlaku dalam Liga Sepak Takraw (STL), bulan lalu.
“Kejadian dalam STL ibarat satu ‘penyakit’ yang menghantui pasukan ini kerana kami bermula dengan cemerlang, namun gagal meneruskan momentum kemenangan dalam saingan separuh akhir.
“Malah, ada suara sumbang mendakwa pengurusan dan pemain negeri ini riak dan angkuh sedangkan perkara itu tidak benar.
“Saingan Piala Emas Khir Johari akan melihatkan kombinasi MSNT dan pasukan sepak takraw Terengganu untuk memperbaiki pencapaian dalam edisi kali ini,” tambah Shapian.
Beliau ditemui selepas Majlis Penyerahan Tajaan Liga Sepak Takraw Terengganu (LST) 2017 yang bakal menampilkan lapan pasukan daerah yang akan bertanding dalam dua kategori, iaitu regu elit dan regu bawah 21 tahun.
Kejohanan berbentuk karnival itu akan diadakan di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, bermula hari ini sehingga Sabtu.