Jurulatih olahraga pecut negara, M. Balamurugan, menjangkakan atlet kendaliannya seperti Zaidatul Husniah Zulkifli dan Jonathan Nyepa akan tampil menyerlah dalam Kejohanan Terbuka Malaysia 2018 meskipun tidak berada di tahap terbaik.
Zaidatul dan Jonathan adalah antara atlet yang mewakili negara dalam Sukan Komanwel Gold Coast, 4-15 April lalu.
Menganggap mereka sudah berada di kemuncak sewaktu di Gold Coast, Balamurugan kini mahu mereka membina momentum baru dengan Sukan Asia Jakarta-Palembang 18 Ogos-2 September depan sebagai tumpuan.
"Untuk Terbuka Malaysia, semua pelari perlu menyertainya. Dalam pasukan saya, G. Aravin Thevar telah saya keluarkan daripada skuad kerana mengalami kecederaan paha ketika di Singapura tetapi atlet lain tetap akan bersaing.
"Perancangan kami sedang dipertingkat dan mengenai catatan masa, kadangkala dalam mana-mana pertandingan pun mereka akan mencatat masa baru," katanya.
Terbuka Malaysia 2018 akan berlangsung pada 11 hingga 13 Mei ini, dengan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mewajibkan setiap atlet elit kebangsaan mengambil bahagian.
Ini kerana saingan berkenaan merupakan antara peluang untuk mereka melayakkan diri ke Sukan Asia.
Lantas, Balamurugan mahu melihat Zaidatul, khususnya, cuba untuk memecahkan rekod kebangsaan dalam Terbuka Malaysia, sekali gus mengukuhkan kedudukannya untuk ke Jakarta.
"Tahun lalu kami menduduki tempat keenam tetapi untuk layak ke Sukan Asia memerlukan catatan masa yang baik.
"Zaidatul menjadi sasaran saya dalam memecahkan rekod kebangsaan dalam mana-mana kejohanan," katanya lagi.