Novak Djokovic pernah berdepan pencabar setara sepanjang kariernya tetapi melabel bintang muda, Carlos Alcaraz, telah mendorongnya memberikan persembahan terbaik.
Djokovic memulakan usahanya untuk merangkul gelaran grand slam ke-24 dalam Terbuka Amerika Syarikat (AS) setelah mengatasi jumlah gelaran Roger Federer dan Rafael Nadal.
Begitupun, Alcaraz boleh menjadi penghalangnya memandangkan turut tewas kepada lawan yang sama dalam perlawanan akhir Wimbledon bulan lalu.
Djokovic membalas dendam dengan mengatasi pemain Sepanyol berusia 20 tahun itu dalam perlawanan akhir yang berlangsung hampir empat jam di Cincinnati seminggu lalu.
“Dia sentiasa mendorong saya mencapai had terbaik,” kata pemain Serbia berumur 36 tahun itu.

“Saya juga melakukan perkara yang hampir sama kepadanya. Itulah sebabnya kami menghasilkan perlawanan akhir yang tidak dapat dilupakan.
“Ia antara tiga perlawanan akhir terbaik, paling menarik dan paling sukar yang pernah saya hadapi.
“Itulah sebabnya saya tumbang sebaik saya memenangi perlawanan akhir itu kerana ia bagaikan grand slam.
"Jumlah bertukar pukulan dan permainan yang panjang sangat mencabar dalam soal fizikal dan melelahkan hingga saya berasa sangat letih untuk beberapa hari seterusnya.
“Itulah detik-detik dalam perlawanan itu yang saya mengingatkan saya agar setiap hari, hari demi hari, latihan, pengorbanan, komitmen. Pada usia 36 tahun, saya masih bersemangat.”