Skip to main content

Sukan Lain

Terbuka Australia: Williams pamer persembahan bergaya

serenawilliams.jpg
Serena Williams mempamerkan persembahan cemerlang mengatasi Anastasia Potapova dalam pusingan pertama Terbuka Australia sebentar tadi.

Bintang kelahiran Amerika Syarikat itu memulakan kempen di Melbourne dengan penuh bergaya apabila hanya memerlukan 58 minit untuk mengatasi lawannya 6-0, 6-3.

Williams berada di tahap terbaik di Rod Laver Arena dan meletakkan sasaran untuk menyamai rekod Margaret Court dengan menjulang 24 gelaran grand slam.

Pemain berusia 38 tahun itu kini merekodkan 19-0 dalam perlawanan pusingan pertama Terbuka Australia dan bakal berdepan Tamara Zidansek atau Han Na-lae selepas ini.

Williams cemerlang dalam set pertama dan hanya memerlukan 19 minit untuk meraih kemenangan 6-0.

Wakil muda Russia itu mempertingkatkan mutu permainan dalam set kedua apabila berjaya merampas satu set sebelum Williams bangkit.

Bekas pemain nombor satu dunia itu menyusun semula rentak sebelum merakamkan kemenangan dalam aksi kurang daripada satu jam.



Editor: Ammar Hakim

Advertisement

Must Watch Video