Stefanos Tsitsipas mara ke pusingan ketiga Kejohanan Tenis Terbuka Australia tanpa perlu memukul sebarang bola apabila Philipp Kohlschreiber menarik diri hari ini.
Pemain pilihan keenam itu sepatutnya berdepan Kohlschreiber di Melbourne Park tetapi pemain veteran Jerman itu tidak dapat beraksi kerana ketegangan otot.
Pemain Greece berkenaan, yang mara ke separuh akhir edisi lalu, akan bertemu sama ada pemain pilihan ke-32, Milos Raonic, atau Cristian Garin untuk merebut tempat ke pusingan keempat.
Tsitsipas mula mencuri tumpuan ketika menyingkirkan Roger Federer dalam perebutan ke separuh akhir Terbuka Australia tahun lalu sebelum pemain berusia 21 tahun itu disingkirkan oleh pemenang 19 kali kejuaraan grand slam, Rafael Nadal.
Editor: Muzaffar Musa