Badi Johanna Konta dalam Kejohanan Tenis Terbuka Australia berterusan apabila terkandas seawal pusingan pertama di Melbourne awal pagi tadi.
Pemain nombor 13 dunia itu tewas 4-6, 2-6 kepada Ons Jabeur, menjadikannya sebagai tahun ketiga berturut-turut Konta terkandas dalam pusingan kedua atau sebelumnya dalam kejohanan grand slam pertama itu.
Konta melakukan 19 'unforced error' manakala Jabeur meraih 19 kemenangan dengan 12 'unforced error' dalam pertarungan selama 63 minit itu.
Ia menyaksikan pemain yang mara ke separuh akhir kejohanan di Melbourne pada 2016 itu gagal memperbaiki pencapaiannya selepas terkandas dalam pusingan kedua bagi dua tahun berturut-turut sebelumnya.
Penyingkiran pemain Britain itu sesuatu yang baik buat Dayana Yastremska dan Caroline Wozniacki, dengan pemenang dalam pusingan kedua di antara mereka akan berdepan sama ada Jabeur, Madison Brengle atau Caroline Garcia.
Editor: Muzaffar Musa