Skip to main content

Hoki

Tengku Ahmad Tajuddin terpaksa lupakan LHM

tengku.jpg
Penyerang Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil, terlepas baki perlawanan Liga Hoki Malaysia (LHM) dan Piala Sultan Azlan Shah, April depan apabila terpaksa berehat panjang ekoran patah rahang.

Tengku Ahmad Tajuddin akan menjalani pembedahan esok selepas patah rahang ketika menentang Hockademy KL, kelmarin.

Dia perlu berehat sekurang-kurangnya tiga bulan hingga terlepas saingan LHM dan tugasan pertama skuad negara tahun ini.

"Mungkin perlu berehat sepanjang tahun kerana ia mengambil masa tiga hingga enam bulan. Tidak boleh ada sebarang sentuhan," katanya.

Perdebatan hangat muncul dalam media sosial apabila ada pihak mendakwa pemain Hockademy KL sengaja mencederakan pemain berusia 34 tahun itu tatkala dia mengalami kecederaan paling serius sejak memulakan karier 22 tahun lalu.

"Tiada keperluan untuk dia lakukan begitu. Walaupun ingin melakukan hantaran yang hebat, ia tidak masuk akal. Saya rasa dia memang berniat untuk mencederakan."



Editor: Nafis Abdullah

Advertisement

Must Watch Video