Jurulatih skuad hoki wanita negara, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah, menggesa pakar pukulan sudut penalti wanita negara, Noraini Abdul Rashid, kekal berkelana di luar negara bagi menajamkan lagi teknik 'drag flick' yang cuba dikuasainya sejak tahun lalu.
Noraini terpaksa mengambil masa yang panjang untuk menguasai teknik tersebut seperti mana yang pernah digunakan pemain berpengalaman negara, S. Kuhan, suatu ketika dulu.
Kunjungannya ke Kelab Hoki Butterfly Roma tampak berbeza apabila penjaring terbanyak Siri Terbuka Singapura itu mula serasi dengan pasukan dan cemerlang mencetak jaringan dengan menggunakan teknik yang sama.
Individu paling gembira sudah pastilah Dhaarma yang menganggap Liga Eropah medan terbaik untuk anak buahnya mengasah bakat.
"Tekniknya kurang diberi pendedahan dan saya fikir lebih baik dia kekal di Eropah sahajalah.
"Ini peluang untuknya bermain dan mendapat keyakinan supaya apabila dia pulang ke pangkuan negara, kami mempunyai seorang pakar pukulan 'drag flick'," kata Dhaarma.
Jika sebelum ini pemilihan saingan dan kejohanan untuk skuad hoki wanita negara amat terbatas, namun dengan apa yang telah dibuktikan lapan pemain negara, Liga Eropah mampu menjadi rujukan buat Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) untuk lebih peka mengenai keperluan sebenar skuad itu dalam menyertai saingan lebih berkualiti selepas ini.
"Saya harap perkembangan ini membolehkan kami mengatur perlawanan dengan pasukan handalan Eropah.
"Saya tidak mahu lagi kami menentang kelab-kelab yang sekadar menurunkan pasukan pelapis," katanya.