Pengurus Universiti Teknologi Mara (UiTM), Ahmad Tarmizi Mohammed, kecewa apabila Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) tidak meluluskan penggunaan venue mereka untuk Liga Hoki Malaysia (LHM) bermula Jumaat ini ekoran permukaan padang tidak rata.
Stadium Hoki UiTM tidak sempat diperbaiki selepas tamat tarikh tutup pemeriksaan oleh pegawai teknikal LHM.
Satu-satunya masalah stadium tersebut ialah padang tidak rata di hampir keseluruhan permukaan.
Ia merupakan tamparan hebat terhadap skuad The Lions yang berhasrat memperbaiki pencapaian tangga keenam musim lalu di mana ketika itu mereka beraksi di tempat sendiri.
"Apabila beraksi di laman sendiri, semestinya kami akan kekurangan barisan penyokong UiTM dan ia dijangka menggugat prestasi pasukan," kata Tarmizi.
"Kami akan membuat permohonan kepada pihak atasan UiTM dalam usaha membaik pulih permukaan padang dan jika dibandingkan dengan stadium, fasiliti di sini antara yang terbaik."
Editor: Ammar Hakim