Tarik diri daripada Sukan Asia Indonesia 2018 bukan penyelesaian terbaik buat skuad sepak takraw negara ketika Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Jawatankuasa Penganjuran Sukan Asia Indonesia (INASGOC) masing-masing kekal dengan pendirian tidak bersalah dalam isu penyenaraian acara membabitkan Malaysia.
Menerusi kemas kini jadual pertandingan yang dikeluarkan semalam, Malaysia masih lagi tersenarai dalam acara regu berpasukan dan berpasangan berpasukan.
Acara itu sememangnya tiada dalam perancangan skuad negara untuk memburu pingat emas dalam temasya Indonesia 2018.
Senario ini menghangatkan lagi kemungkinan Malaysia perlu menerima realiti terlepas peluang untuk beraksi dalam acara sasaran, iaitu regu.
Namun, MOM menerusi timbalan presiden yang juga ketua kontinjen negara, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi, menegaskan badan induk sukan negara itu tidak akan menghentikan usaha dalam isu tersebut.
"Daripada kami, tiada kesilapan tetapi buat mereka (INASGOC), wujud kekurangan. Dalam masa yang singkat ini, adakah kita ingin mencari kesalahan atau memastikan pasukan negara dapat beraksi?
"Mereka adalah penganjur sukan kedua terbesar di dunia, selepas Sukan Olimpik. Jadi, mungkin ada beberapa perkara yang terlepas pandang dalam pelaksanaannya. Malaysia pun melakukan perkara sama ketika Sukan SEA 2017, seperti isu bendera terbalik. Adakah itu dilakukan dengan sengaja? Tidak.
"Kita perlu lebih berhati-hati dalam setiap urusan serta kenyataan," ujar Azim.