Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan terus mencari ikhtiar untuk memastikan skuad sepak takraw negara beraksi dalam acara antara regu dalam Sukan Asia Indonesia 2018 selepas badan induk itu dan Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Indonesia (INASGOC) terus mempertahankan pendirian tidak bersalah dalam kemelut itu.
"Di pihak kami, tiada kesilapan, manakala di pihak INASGOC, ada kesilapan.
"Tetapi, dalam masa singkat ini, adakah kita ingin mencari kesilapan atau memastikan pasukan negara kita dapat menyertai Sukan Asia.
"Sukan Asia merupakan temasya sukan terbesar di dunia selepas Sukan Olimpik.
"Mungkin dalam penganjurannya, ada beberapa yang terlepas pandang, itu biasalah," kata chef-de-mission (CDM) negara ke Sukan Asia 2018, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi.
Antara usaha MOM adalah untuk terus memberi tekanan kepada INASGOC.
Satu pertemuan dengan Persatuan Sepaktakraw Indonesia (PSTI) juga sedang diatur.
Jika segala usaha gagal, maka Malaysia terpaksa beraksi dalam acara regu berpasukan dan berpasangan berpasukan.
Jadual rasmi yang dikeluarkan INASGOC semalam mencetuskan kontroversi ekoran acara berpasangan berpasukan sama sekali tiada dalam agenda skuad negara yang memburu satu pingat emas.
"Saya difahamkan presiden PSTI akan ke Kuala Lumpur esok.
"Saya dan Setiausaha Agung MOM, Datuk Mohd. Nafizuddin Mohd. Najib, akan berusaha mengatasi isu ini dan kita masih ada lagi saluran lain sebelum bermulanya Sukan Asia, 18 Ogos ini,
"Selalunya akan ada panel timbang tara dan rayuan-rayuan ini boleh dibuat pada saat-saat akhir," tambahnya.
Sementara itu, belum ada tindakan segera dibuat Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dalam isu membabitkan skuad sepak takraw negara dalam temasya Jakarta-Palembang 2018 itu.
Sebaliknya, beliau mengambil sikap "tunggu dan lihat" kerana masih belum menerima laporan penuh daripada MOM berhubung perkara tersebut.
"Kami masih menunggu laporan penuh daripada MOM sebab sebelum ini kami dimaklumkan undian semula boleh dijalankan.
"Sekarang saya dengar ada beberapa masalah dan saya mahu mendengar dahulu maklumat penuh sebelum membuat kenyataan," ujar Syed Saddiq selepas merasmikan majlis Penyerahan Jalur Gemilang kepada skuad dodgeball negara yang akan ke Piala Dunia di New York, Amerika Syarikat (AS), bermula 3 Ogos ini.
Malaysia akan mengambil bahagian dalam semua tiga kategori yang dipertandingkan dengan sasaran utama menjuarai saingan lelaki selepas meraih kedudukan kedua di Manchester, England, dua tahun lalu.