Enam pingat emas menjadi sasaran Persatuan Ekuestrian Malaysia (EAM) dalam Sukan SEA 2027 yang dipersetujui dalam perbincangan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja, hari ini.
Setiausaha Agung EAM, Mejar (B) Datuk Yap Mou Sin, menganggap ia satu sasaran realistik dengan segala kekuatan dan persiapan yang bakal dilakukan walaupun sekadar meraih satu emas dalam temasya di Thailand, hujung tahun lalu.
Advertisement
Ia juga ditambah dengan kekuatan 20 ekor kuda yang diberi latihan khas di Eropah demi persiapan lebih kondusif untuk capai sasaran enam emas itu.
"Ekuestrian sering membawa pulang medal dalam setiap penyertaan kejohanan.
"(Untuk edisi 2027) kami menjangkakan setidak-tidaknya enam pingat," katanya.
Presiden EAM, Mohamad Din Mat, berharap Megan Ding yang mengungguli acara dressage individu wanita di Thailand dapat membawa momentum prestasinya ke Sukan Asia Aichi-Nagoya, secara tidak langsung mencapai sasaran satu emas di Jepun.
"Kami harap Megan mampu mengulangi prestasinya sebagai ketika dalam Sukan SEA yang lalu.
"Kami akan menghantar empat atlet dessage dan seroang bagi kategori jumping.
"Dalam masa sama, kami belum dapat pengesahan penyertaan daripada Qabil Ambak (Mahamad Fathil)," katanya.