"Kalau perlukan tumpuan lebih, jumpa dia sekerap mungkin.”
Itu luahan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang terus mempertahankan atlet "anak emas" karate negara, Syakilla Salni Jefry Krisnan.
Syakilla masih mendapat kepercayaan Syed Saddiq sebagai harapan pingat menjelang Sukan Olimpik 2020 di sebalik tiada jaminan ia akan terlaksana.
Walaupun dilanda prestasi terumbang-ambing dan masalah berat badan, permintaan Syakilla untuk menjalani latihan bersama bekas jurulatihnya dari Latvia, Andris Vasiljevs, tetap diluluskan.
Majlis Sukan Negara (MSN) meluluskan permohonon Syakilla dengan syarat atlet karate berumur 26 itu harus menurunkan berat badannya bagi membolehkan dia bertanding bagi kategori kumite bawah 55 kilogram.
“Saya telah berbincang dengan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail dan juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Sukan Negara (ISN), Ahmad Faedzal Md Ramli, mengenai isu Syakilla,” kata Syed Saddiq.
“Mereka memberikan sokongan dan bantuan penuh kepada Syakilla kerana atlet tersebut merupakan bekas atlet karate nombor satu dunia dan prospek meraih pingat dalam Sukan Olimpik," tambahnya.
Syakilla dilihat sebagai anak emas -- hingga pengkritik menggelarnya sebagai "diva nombor satu sukan negara" gara-gara pelbagai kerenahnya -- setelah tidak berlatih bersama skuad negara di bawah kendalian ketua jurulatih dari Iran, Ali Reza Souleymani, sejak awal tahun ini.