Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mahu memastikan nasib skuad sepak takraw negara yang akan beraksi dalam Sukan Asia Indonesia terbela susulan berlaku kesilapan dalam sesi undian baru-baru ini.
Majlis undian yang dijalankan Jawatankuasa Penganjuran Sukan Asia Indonesia (INASGOC) di Jakarta, Khamis lalu, mencetuskan kontroversi bagi acara sepak takraw lelaki.
Skuad sepak takraw lelaki negara akan menyertai acara yang mereka tidak melakukan sebarang persiapan, iaitu doubles berpasukan.
Situasi itu menimbulkan rasa tidak puas hati Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) kemudian mengesahkan berlaku kesilapan teknikal dan secara tidak langsung, undian semula akan dijalankan dalam masa terdekat.
"MOM sudah memaklumkan kepada (Kementerian Belia dan Sukan) bahawa akan ada undian semula dan tiada sebarang acara yang diketepi atau dikecualikan.
"Kami akan pastikan nasib mereka akan terbela.
"Saya agak gembira kerana pada awalnya, banyak rungutan ditujukan kepada pihak KBS sebaik berita itu diumumkan tetapi Alhamdulillah pihak sana ((INASGOC) telah perbetulkan dan Insya-Allah kita akan melangkah ke hadapan selepas ini," ujar Syed Saddiq.
MOM menerusi presidennya, Datuk Seri Norza Zakaria, semalam juga menegaskan tidak berlaku sebarang kecuaian daripada sekretariatnya berkaitan soal pendaftaran, sebaliknya ia berpunca daripada kesilapan INASGOC.
Beliau menjelaskan pihaknya telah mendaftarkan acara regu dan regu berpasukan dalam temasya itu dan bukannya doubles berpasukan.