Diva sukan negara, Syakilla Salni Jefry Krisnan, mengambil keputusan drastik untuk meninggalkan skuad karate kebangsaan selepas gagal menyelesaikan masalah berat badannya, kurang dua bulan menjelang Sukan SEA Filipina, November depan.
Jaguh negara itu menghantar surat kepada Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menarik diri daripada skuad kebangsaan hari ini.
Tindakan itu merupakan susulan daripada kegagalannya untuk menyertai kategori B-55 kilogram dalam Kejohanan K1 di Jepun, dua minggu lalu.
MSN dan Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) bercadang untuk menukar kategori bekas atlet nombor satu dunia itu kepada acara atas 61 kilogram, namun ia tidak dipersetujui Syakilla.
"MAKAF, MSN dan ISN (Institut Sukan Negara) telah berbincang untuk meletakkannya dalam acara 61kg supaya dia tidak berdepan masalah untuk mengekalkan berat badan.
"Dia hanya menghantar e-mel tanpa memaklumkan apa-apa sebab.
"Jadi, untuk mengejar masa kelayakan dan mengelakkan kami daripada terperangkap dengan nama atlet yang tidak (dapat) dimasukkan disebabkan penarikan diri daripada pasukan kebangsaan, kami bersetuju untuk memasukan Audrey (Japyus) sebagai pengganti," kata Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail.
Penyertaan Syakilla dalam Sukan SEA Filipina turut dibatalkan.
Tempatnya akan digantikan oleh atlet muda, Audrey, dan MAKAF kekal dengan sasaran empat pingat emas dalam temasya itu.
"Di sebalik segala nasihat yang diberikan oleh pakar nutrisi kami, ia terpulang kepada atlet itu sendiri untuk menurunkan berat badannya," kata Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Ahmad Faedzal Md. Ramli.
"Jadi, dia faham sendiri dan secara terbukanya dia menunjukkan isyarat untuk menerima bahawa setiap bantuan telah diberikan daripada semua pihak yang sepatutnya seperti ISN, MSN dan sebagainya.
"Itu adalah keputusan peribadinya (untuk menarik diri)," katanya lagi.