Ratu karate negara, Syakilla Salni Jefry Krisnan, berkemungkinan besar akan bertanding dalam acara kumite B-55 kilogram dalam Sukan SEA Filipina, November depan.
Sebelum ini, Syakilla ditetapkan Majlis Sukan Negara (MSN) supaya menurunkan berat untuk bersaing dalam kategori B-55kg selepas bekas juara Sukan Asia Incheon 2014 itu mengalami peningkatan berat badan melebihi 60kg.
Penetapan itu juga sebagai syarat bagi memenuhi kehendak atlet berkenaan untuk berlatih bersama bekas jurulatih kebangsaan dari Latvia, Andris Vasiljeves, di Phuket, Thailand.
Setiausaha Agung Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad, berkata atlet berusia 27 tahun itu kini hanya perlu menurunkan beberapa kilogram daripada berat badannya sebelum 15 Ogos ini, supaya keputusan muktamad mengenai penglibatannya dalam Sukan SEA dapat dilakukan.
"Pada 15 Ogos ini, kami akan buat ketetapan (penglibatan Syakila ke Sukan SEA 2019) sama ada bawah 61kg atau 55kg, salah satu.
"Mungkin dia (Syakilla) pun dah buat latihan, latihan yang bagus, kerana sasaran Menteri (Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman) untuk dia ke Sukan Olimpik tetapi kami kalau boleh hendak bawa pulang pingat daripada Sukan SEA juga," katanya ketika ditemui di Wisma MOM hari ini.
Untuk rekod, dalam temasya Kuala Lumpur 2017, skuad karate negara muncul juara keseluruhan setelah meraih tujuh pingat emas, dua perak dan empat gangsa.
Sementara itu, Nur Azmi menegaskan fokus kesemua atlet karate tidak terjejas meskipun badan sukan itu berdepan kontroversi yang mana kes berkenaan telah dibawa ke mahkamah.
"Isu itu tidak mengganggu. Kami (Makaf) pun tidak fokus di situ (kes mahkamah) kerana fokus kami adalah Sukan SEA sahaja setakat ini, sebab tiada pencapaian pun tidak bagus juga nanti," katanya.
Makaf terpecah kepada dua kem selepas 12 daripada 22 ahli gabungannya mengundi tidak percaya terhadap badan induk itu dalam mesyuarat agung luar biasa (EGM) di Ipoh, 9 Jun lalu.
-- BERNAMA