Atlet skuasy negara, Mohd Syafiq Kamal, mahu merapatkan jurang prestasinya dengan tiga lagi atlet lain dalam tempoh satu tahun untuk merangkul sekurang-kurangnya tiga gelaran juara dalam Jelajah Persatuan Skuasy Profesional (PSA) musim ini.
Ranking Syafiq di kedudukan ke-89 dunia ketika ini jauh di belakang Nafiizwan Adnan, Ng Eain Yow dan Ivan Yuen yang kini dalam kelompok 50 terbaik dunia.
Faktor kecederaan pinggul sedikit-sebanyak menjejaskan perancangannya untuk permulaan tahun ini apabila hanya berkesempatan menyertai Piala Cabaran Contrex di Hong Kong, Januari lalu untuk menamatkan aksi dalam separuh akhir.
Bagaimanapun, pemain berusia 23 tahun itu percaya dia mampu kembali merapatkan jurang yang ada bagi memastikan persaingan lebih sengit antara mereka untuk sama-sama merebut seberapa banyak gelaran juara dalam Jelajah PSA, musim ini.
"Saya berasakan jurang di antara pemain Malaysia tidak jauh. Saya perlu mematangkan lagi corak permainan dan meraih pengalaman lagi beraksi di luar negara," kata Syafiq.
Bagaimanapun, dua kejohanan PSA di Kanada, bulan depan depan tidak diletakkan sasaran tinggi untuk bergelar juara, sebaliknya hanya akan menjadi saingan pemanas badan terlebih dahulu bagi menguji tahap kecergasan selepas hampir dua bulan menjalani proses pemulihan.
"Saya telah mula membuat persiapan sejak dua minggu lalu dan berbaki beberapa hari lagi, saya berharap ia memadai untuk menghadapi kejohanan di Kanada."