Mohamad Armin Zahryl Abdul Latif bukan sahaja membutirkan satu lagi pingat emas buat kontinjen Terengganu dalam acara 110 meter berpagar lelaki, tetapi kemenangan tersebut cukup memberikan seribu satu makna yang mendalam buat beliau.
Kemenangan tersebut hadir dalam hidupanya di kala beliau bergelut dengan pelbagai cabaran dalam kehidupan ketika ini.
Namun nyata ia tidak menjadi batu penghalang buat Armin untuk menyinar pada kejohanan SUKMA bagi edisi kali ini yang berlangsung di bumi Kenyalang.
Armin melakukan langkahan yang cukup bertenaga dalam aksi final petang tadi dengan menafikan cabaran dari atlet negeri lain sekaligus menjadi pelari pertama yang melepasi garisan penamat untuk pingat emas.
Beliau melakukan catatan 14.26 saat selaku juara diikuti oleh atlet Wilayah Persekutuan, Muhammad Fiross Mohd Faizal di tempat kedua dan Muhammad Hazriq Cik Mat Kilau di tempat ketiga.
Lebih mengejutkan ramai pihak ini merupakan penampilan pertamannya di temasya dwi tahunan ini.
Terengganu ketika ini menduduki tangga ketiga dalam senarai pungutan pingat keseluruhan di belakang Wilayah Persekutuan dengan mengumpul 21 Emas, 19 Perak dan 22 Gangsa.
Tuan rumah Sarawak masih mengekalkan kedudukan selaku pendahulu dengan mengumpul 45 Emas, 26 Perak dan 34 Gangsa.
"Saya mahu bantu keluarga saya kerana saya orang susah. Saya bertahan untuk bantu keluarga saya.
"Sebelum Sukma ini saya berkerja untuk Angkatan Pertahanan Awam (JPAM), tetapi saya mahu berusaha sendiri. Saya berkerja kemudian pergi berlatih." Katanya.