Skip to main content

Bola Jaring

CelcomDigi NSL: Presiden PBJM teruja campuran pemain import, senior, remaja

PJBM

CelcomDigi Netball Super League (NSL) 2026 dilancarkan secara rasmi dengan pelbagai pembaharuan, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai liga bola jaring profesional utama di Malaysia.

Presiden Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM), Alwiyah Talib, meluahkan keterujaan terhadap penganjuran kali ini susulan kehadiran pemain berkualiti dari luar negara yang mampu membantu meningkatkan prestasi pemain tempatan.

Advertisement

"Harapan kami sama setiap kali menuju kejohanan untuk melihat yang terbaik antara yang terbaik.

"Dengan adanya penganjuran ini bagi setiap negeri, setiap tahun mesti ada peningkatan daripada pemilihan pemain.

"Di sinilah kita dapat melihat perkembangan pemain semakin bagus.

"Campuran pemain import, senior dan remaja sangat mengujakan," katanya di Nadi Arena.

Must Watch Video