Skip to main content

Berbasikal

Saya perlu kerja keras lagi, jika ada peluang saya akan buktikan -- Fadhil Zonis

faa

'Ini adalah tahun untuk saya bangkit'

Itu adalah laungan keyakinan atlet berbasikal trek negara, Fadhil Zonis, yang menghadapi beberapa siri kecederaan pada 2025 sebelum berjaya pulih sepenuhnya pada akhir tahun.

Advertisement

Bagi Fadhil, dia berpuas hati apabila berjaya memadam rekod kebangsaan pecut berpasukan lelaki yang bertahan selama lapan tahun sebelum ini.

Lebih manis lagi, lapan tahun lalu dia juga berada dalam trio yang melakar sejarah di Sukan Asia 2018 sebelum kali ini berjaya merekodkan catatan masa 43. 596s (saat) bersama Ridwan Sahrom dan Akmal Nazimi.

"Untuk ACC kali ini walaupun tiada pingat tetapi kerja keras yang saya berikan sepanjang perlumbaan sangat berpuas hati.

"Banyak perkara yang saya perlu lakukan penambahbaikan, perlu lihat apa yang perlu ditukar untuk terus maju kehadapan.

"Kali ini dapat pecahkan rekod memang saya rasa sempurna cuma tiada tuah," katanya.

Dalam pada itu, Fadhil mengakui ada sedikit kekecewaan yang terbit dalam kempen ACC kali ini apabila dia balik tanpa sebarang pingat.

Menamnah perit lagi apabila tiga kali dia perlu menerima kenyataan dia sekadar menamatkan perlumbaan di tempat keempat.

Fadhil juga beranggapan kempen kali ini sebagai medan permulaan kepada kebangkitannya sekali gus berharap lebih banyak lagi peluang muncul buat dirinya seiring dengan usaha yang dilakukan.

"Acara keirin saya rasa ralat kerana jarang sertai keirin dalam ACC, apabila dipotong saat akhir itu memang rasa penat tanpa pingat.

"Acara kegemaran saya tetapi tiada rezeki pingat, perlu kerja keras lagi dan banyak belajar taktikal lagi dan insyaAllah jika ada peluang nanti saya akan buktikan." tambahnya.
 

Must Watch Video