Skip to main content

Berbasikal

ACC: Saya berlawan dengan diri sendiri -- Sawda sambar emas, pecah rekod Asia

ACC

Pelumba basikal remaja trek sensasi negara, Sawda Hasbullah, terus memperagakan aksi cemerlang apabila merangkul pingat emas acara ujian masa 1 kilometer (KM) remaja wanita dalam Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2026 di Tagaytay City Velodrome, Filipina, semalam.

Lebih membanggakan, atlet berusia 18 tahun itu bukan sahaja berjaya mempertahankan gelaran dimenanginya tahun lalu, malah turut memecah rekod remaja Asia miliknya sendiri, sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai permata masa hadapan berbasikal trek negara.

Advertisement

"Sebelum perlumbaan saya memang sasarkan buat yang terbaik kerana ini perlawanan kita berdepan diri sendiri, orang lain buat catatan apa saya tidak kisah.

"Asalkan saya dapat pecahkan rekod saya sendiri, dan pada hari terakhir baru saya dapat meraih pingat." katanya.

Selepas ini, Sawda akan beralih fokus kepada Kejohanan Trek Remaja Dunia di Belgium, dengan misi memburu semula rekod dunia remaja yang dilakarnya tahun lalu sebelum dipecahkan pelumba dari Great Britain, Erin Boothman.
 

 

Kredit Photo: ACC

Must Watch Video