Skip to main content

Sukan Lain

Sukar untuk ulangi kejayaan di Singapura -- Farah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

11517farahann.jpg
Kurang 100 hari untuk Sukan SEA membuka tirainya, skuad gimnastik artistik wanita adalah antara yang mengalami tekanan tinggi bagi menghadirkan kejayaan.

Bagaimanapun, skuad negara yang diketuai Farah Ann Abdul Hadi tetap mampu tersenyum dalam persiapan mempertahankan tiga pingat emas.

Sukan SEA Singapura dua tahun lalu menghadirkan kejayaan manis buat skuad negara selepas menamatkan kemarau 14 tahun untuk merampas emas berpasukan.

Dua lagi emas hadir menerusi Farah Ann dalam acara senaman lantai sementara disiplin palang tidak sejajar menjadi milik Tan Ing Yueh.

"Ia tekanan tinggi kerana apabila kami ke Singapura, selalunya kami mahu menang dan melakukan yang terbaik dan kami melakukannya.

"Tetapi kini di Malaysia ada sasaran yang diletakkan dan untuk melakukannya sekali lagi sudah tentu sukar. Kami hanya fokus untuk buat yang terbaik," katanya.

Malaysia memiliki atlet daripada skuad Sukan SEA 2015 seperti Farah Ann, Ing Yueh dan Nur Eli Ellina Azmi untuk temasya kali ini dan ia dijangka menyumbang kepada kejayaan negara.

Bagaimanapun, barisan kejurulatihan mahu Malaysia bersikap realistik jika ada yang mengimpikan skuad negara mengulangi pencapaian menakjubkan 2001, dengan memenangi semua enam pingat emas ditawarkan.

"Mahu mengulangi pencapaian itu ada sedikit kesukaran tetapi kami akan cuba untuk melakukan yang terbaik. Tetapi atlet kita ada berlatih di China dan atlet lelaki juga ada menunjukkan peningkatan.

"Saya harap kami memberi tekanan untuk lakukannya dengan terbaik," kata jurulatih, Ng Shu Wai.

Persiapan skuad negara selepas ini menyaksikan mereka bakal beraksi dalam Kejohanan Asia di Bangkok, Thailand, 16-21 Mei ini.

Advertisement

Must Watch Video