Meksipun Laos melewati persiapan rapi selama tujuh minggu, pengendalinya, Vladica Grujic, standard bola sepak mereka masih jauh dengan Harimau Malaya.
Skuad Malaysia menempuhi tempoh berbeza yang menyaksikan ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe, berkesempatan mengumpul pemain-pemainnya dalam tempoh 10 hari menuju Piala Hyundai ASEAN.
Grujic -- yang dilantik sejak Mac lalu -- mempertaruhkan rata-rata kudrat pemain B-23 dan realitinya, faktor mutu saingan liga boleh menjadi penentu dalam usaha mereka untuk bangkit --
ketika menghadapi perlawanan kedua Kumpulan B yang bakal berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur malam esok -- selepas dibelasah Thailand 0-5.
"Kualiti Malaysia terletak di bahagian sayap. Kami akan turun bertahan dengan kental dan melancarkan serangan balas bagi meraih keputusan yang baik.
"Saingan Laos masih liga amatur tapi perlu berubah kepada profesional untuk bersaing dengan Thailand dan Malaysia.
"Ini semua perlu melalui proses ," katanya yang berpengalaman luas dalam kancah di Asia.