Kejayaan skuad pecut negara yang diketuai Khairul Hafiz Jantan dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia yang berakhir semalam bukan ukuran sebenar untuk membolehkan Malaysia mendominasi saingan dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 kerana pencabar masih menyimpan kekuatan sebenar mereka.
Kebanyakan negara pencabar Sukan SEA bijak mengatur strategi apabila merehatkan bintang utama mereka.
Meskipun Filipina dilihat sedikit serius apabila menurunkan 28 atlet, namun ia tetap tanpa juara 100m Sukan SEA, Eric Cray.
Gergasi Asia Tenggara, Thailand, turut menyembunykan kekuatan apabila merehatkan bintang utama seperti Jeerapong Meenapra, Jamras Rettidet, kuartet 4x100 meter serta jaguh wanita yang meraih sembilan emas dalam temasya dua tahun lalu.
Justeru, skuad olahraga negara diingatkan agar tidak mudah terleka, sebaliknya kekal fokus dengan persiapan menjelang saingan dwitahunan itu.
"Memang saya bersemangat untuk ke Sukan SEA dan kini hanya perlu mengikuti latihan yang telah ditetapkan oleh jurulatih," kata pelari pecut negara, Khairul Hafiz Jantan.
Nada sama turut disuarakan oleh pelari pecut wanita negara, Zaidatul Husniah Zulkifli.
"Sekarang sudah tiba masa untuk fokus kerana Sukan SEA bakal menjelang tidak lama lagi," ujarnya.
Bagaimanapun, prestasi di Stadium Nasional Bukit Jalil itu memberi bayangan bahawa misi untuk mencapai sasaran enam emas mampu dicapai.
Antara tiga pemenang pingat emas dua tahun lalu, hanya atlet lompat kijang, Muhammad Hakimi Ismail, yang turun beraksi dan berjaya meraih emas dengan catatan 16.33m.
Dua lagi jaguh negara, Nauraj Singh (lompat tinggi) dan Muhammad Irfan Shamsuddin (lempar cakera) mengambil keputusan untuk menarik diri.