Raja pecut negara, Khairul Hafiz Jantan, tetap tidak menerima sebarang layanan khas walaupun berjaya memecahkan rekod kebangsaan dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia, minggu lalu.
Dia mencipta catatan baru kebangsaan dalam acara 200 meter apabila merakamkan 20.90 saat di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Bagaimanapun, Khairul Hafiz serta beberapa rakan sepelatih diarahkan untuk memulakan sesi latihan seawal jam 6 pagi dalam usaha untuk merampas gelaran pelari terpantas Sukan SEA, sekaligus membuktikan pemegang rekod 100 dan 200m kebangsaan bukan tiket untuk bersenang-lenang.
Khairul Hafiz dikerah meningkatkan intensiti program latihan bagi mengejar status raja pecut Sukan SEA, apatah lagi catatan dalam kedua-dua acara itu belum memadai untuk memastikan pingat emas.
Lantaran itu, jurulatih olahraga, Mohd Poad Kassim, mengarahkannya untuk turun berlatih seawal mungkin bagi memastikan harapan tersebut tidak menjadi angan-angan kosong.
"Bagi saya, walaupun sudah memegang rekod kebangsaan, latihan tetap perlu diteruskan," katanya.
"Kami memang betul-betul fokus untuk Sukan SEA dan saya sering berpesan kepada Khairul, dia perlu mengekalkan prestasi selagi Sukan SEA belum selesai," ujar Poad.
Kali terakhir Malaysia memiliki raja pecut di pentas Sukan SEA adalah pada tahun 2003 menerusi acara 100m dan 200m apabila Nazmizan Mohamad mencipta kejayaan dalam saingan di Vietnam.