Menteri Belia Dan Sukan, Hannah Yeoh, menegaskan keputusan untuk tidak meletakkan sasaran spesifik warna pingat dan hanya jumlah keseluruhan sahaja dalam temasya Sukan SEA 2025 di Thailand merupakan keputusan yang telah dirujuk kepada pakar.
keputusan itu merujuk kepada penelitian pakar Universiti Sains Sukan Nippon, Jepun yang memiliki kredibiliti tinggi dalam membuat penilaian terhadap atlet.
Menurut Hannah, dia mengambil kira keluhan atlet yang menyatakan mereka akan beraksi lebih baik sekiranya kurang tekanan diberikan kepadanya.
Malah, dengan penilaian secara holistik, Hannah mengakui ia merupakan pendekatan terbaik bagi memastikan atlet mampu beraksi pada kemampuan sebenar mereka nanti.
"Saya mahu jelaskan cadangan itu bukan hanya daripada saya tetapi daripada Universiti Sains Sukan Nippon.
"Ketika melakukan perbincangan mereka bertanyakan mengapa Malaysia masih menetapkan sasaran warna pingat, sedangkan negara lain sudah tidak melakukan perkara itu lagi.
"Kami juga mendengar luahan daripada atlet juga. Kami mendengar saranan mereka kerana mereka telah meraih lebih daripada 40 pingat emas di Sukan Olimpik." katanya.